Sabtu, 29 Januari 2011

MENDIDIK ANAK SOLEH

Pertama,

mendidik dengan keteladanan, dalam erti kata lain, ibu bapa harus memberikan teladan atau contoh yang baik kepada anak-anaknya, ini bererti, kalau ibu bapa ingin anaknya menjadi soleh, ibu bapanyalah yang harus lebih dulu soleh.

Kedua,
mendidik anak dengan pembiasaan yang baik, maknanya ibu bapa harus menanamkan kebiasaan-kebiasaan baik kepada anak-anaknya, ibu bapa tidak boleh memakai prinsip, "ah nanti kalau sudah besar mereka tahu mana yang baik dan mana yang tidak." Mungkin mereka mampu mengetahui mana yang baik dan mana yang buruk, tapi mereka tidak mampu melaksanakan yang baik dan meninggalkan yang tidak baik sekiranya tidak dibiasakan sejak kecil, inilah pentingnya membiasakan hal-hal yang baik kepada anak sejak anak itu kecil.

Ketiga,
mendidik dengan mengajarkan ilmu pengetahuan dan dialog tentang berbagai persoalan. Dalam hal ini amat penting ibu bapa mampu menanamkan pengertian kepada anak-anaknya, dan dialog merupakan cara yang paling tepat, apalagi menghadapi anak yang sudah memasuki usia remaja. Namun sayang sekali, kerana kesibukan ibu bapa, justeru suasana berdialog antara anak remaja bersama ibu bapanya jarang tercipta pada keluarga-keluarga kita sekarang ini.

Keempat,
mendidik dengan memberikan pengawasan dan nasihat. Dalam era sekarang. pengawasan dari ibu bapa terhadap anak-anaknya sangat diperlukan, sehingga ibu bapa tahu perkembangan jiwa atau keperibadian anaknya dari masa ke semasa. Kalau ibu bapa tahu perkembangan jiwa anaknya, maka ia tahu nasihat apa yang harus diberikan kepada mereka.

Kelima,
mendidik dengan memberikan hukuman. Ini dilakukan bila cara-cara yang lemah lembut tidak membuat si anak berubah ke arah yang lebih baik. Namun menghukum anak tidak selalu dalam bentuk hukuman fizik seperti merotan, tapi lakukanlah dengan cara-cara yang sifatnya edukatif (mendidik), misalnya pada kebiasanya si anak di beri wang saku sekolah RM2.00, tapi kerana si anak bangun tidurnya lewat dan tidak solat subuh, maka wang sakunya dipotong menjadi RM1.00- Setiap ibu bapa tentu lebih arif, hukuman apa yang lebih tepat untuk anak-anaknya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan